Monday 7 November 2011

Butter Crab & Puding Kelapa

assalamualaikum semua!

kalau korang semua nak taw makanan yang sedap-sedap area kk ni,korang boleh jak kol atau sms aku..sebab aku taw banyak tempat yang menyediakan makanan yang sedap..firstly,sebab aku memang daring untuk mencuba tempat2 baru...and secondly,aku ada abang-abang yang selalu makan luar so dorang memang taw banyak tempat makan yang best-best..actually banyak yang aku nak share dengan korang dalam entri kali ni..tapi aku dapat snap dua gambar jak for this time,so aku share dua jak dulu k..

siapa pernah pergi labuan?kalau pergi labuan,tak singgah makan di Anjung Ketam,korang memang miss a very precious place di sana. oleh kerana labuan ni teramatlah kecil,so,tempat tu memang senang nak cari..kalau tanya dengan orang-orang sana,memang senang jak sudah boleh jumpa tempat tu..kalau nak lagi senang,korang yang baru jak menjejakkan kaki ke labuan tu,korang tahan jak mana-mana pakcik teksi,and minta dia hantarkan korang ke Anjung Ketam.kalau korang order, aku suggestkan korang makan butter crab..wallllawehhh!sumpah memang meletop..sedap hingga menjilat jari..kepada korang yang tak suka or tak pandai sangat makan butter-butter ni,korang bolehlah minta makcik tu masakkan rebus ka atau apa2la jenis masakan yang korang biasa makan..ketam tu sekilo RM30..memang murah dan isi ketam tu pun memang sangat la padat..puas la kalau makan..RM30 tu bagi yang makan banyak,4 orang pun boleh cukup.. kalau aku,aku memang suka makan ketam masak butter..itu memang pebret aku la sejak azali lagi..


ni lah butter crab sekilo tu (RM30)

ok,second food yang aku nak introduce kan is puding kelapa..aku taw memang puding kelapa ni biasa-biasa jak kan..tapi puding kelapa yang ini memang special dan kalau korang makan,mesti teringat-ingat dan termimpi-mimpi untuk maw makan lagi..nama tempat jual puding kelapa ni Salut..terletak di area sepanggar..kira-kira setengah jam daripada pusat bandar kota kinabalu.tempat ni di tepi-tepi jalan jak tapi memang banyak orang akan park kereta di tepi-tepi gerai tu untuk makan puding kelapa.harga puding kelapa,untuk dalam gelas cuma RM2 tapi yang untuk puding dalam buah kelapa RM4..untuk lebih kepuasan,makan lah yang puding dalam buah kelapa tu..sure puas hati!


puding dalam buah kelapa (RM4)

makanan-makanan ni la yang selalu menceriakan hidup aku..sebab rasa dia memang sungguh memuaskan hati..ok,i got to go..since sekarang ni masih ada mood raya haji,so aku kena beraya rumah kawan aku yang selalu menyediakan makanan yang pelik pada lidah aku..tapi aku suka..insyaAllah,kalau aku sempat snap gambar,aku share la dengan korang makanan apa yang dia serve nanti k..

p/s sorry la kalau ayat aku dan bahasa aku sungguh tidak menarik..sebab aku memang tiada bakat menulis..hehe..maafin gue ya~


Thursday 3 November 2011

CEMBURU @ JELOUS

assalamualaikum w.b.t dan salam 1 MALAYSIA! *skema!!!

hai kawan-kawan...untuk entri merepek kali ni jari jemari aku terasa maw menulis tentang isu cemburu @ jelous... sejak akhir2 ni kan aku selalu jak menghadapi perasaan ini..dan aku sangat lah tidak suka dengan perasaan ni..sebab sungguh la tidak cool bagi aku..buat apa maw rasa jelous sebab tiada yang kurang pada aku sampai aku maw jelous dengan orang lain..DUSHHH!DUSHHHH! *nah kan sudah kena tumbuk..jelous2 lagi sama orang lain...tapi perasaan jelous tu standard...setiap orang pasti akan merasainya..cumanya,jangan la terlalu melayan perasaan tu sampai mampu menyakitkan dan mencederakan orang lain..dan jangan la jugak sampai boleh gila sebab terlalu melayan perasaan yang sangat tidak cool tu...jelous itu tidak salah bagi aku, tetapi haruslah berpada-pada... tapi jelous aku ni bukan sebab aku rasa kelebihan mereka tu lebih dari aku..itu aku tak kisah pun..sebab setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya kan..aku jelous sebab aku pun tak taw kenapa..perasaan tu datang tanpa aku undang..yang aku taw,aku jelous dengan mereka!aduy,perasaan,tolong la lari jauh dari aku...aku tak suka perasaan begini...sungguh la tidak cool dan macho sama sekali...shuhhhh...shuh...!

* jelous memakan diri sendiri...

Wednesday 2 November 2011

BLOG dan KISAH PERIBADI?

salam semua...*berangan ada orang baca blog aku*!!!
aku sebenarnya memang tak suka menulis*dalam case ini,menaip*...tapi kadang2 aku rasa aku perlu menulis untuk luahkan rasa hati aku..dulu,ada certain masa aku luahkan rasa marah dan sebagainya di wall FB..tapi lama kelamaan aku rasa benda itu sangat annoying dan tidak patut diteruskan..sebab bila aku baca post orang yang menyatakan rasa marah,sedih dan sebagainya rasa macam menyampah pun ada..macam tiada privacy langsung..semua benda maw bagi taw orang..so,aku terfikir,mesti orang lain pun rasa menyampah baca post aku kan..hahaha!*malu*sungguh tidak matang..OK! berbalik kepada tajuk entri kali ini...BLOG dan KISAH PERIBADI?..before this aku ada diary,and kalau rajin tu aku tulis la apa2 dalam diary untuk express rasa happy ka,marah ka,sedih ka atau unexplained feeling ka..tapi aku selalu tiada masa untuk menulis..so,diary aku tu,tiap2 tahun tukar tapi buat sayang duit jak sebab masih banyak ruang kosong..so,aku end up dengan tidak maw menambahkan koleksi diary aku setiap tahun..tetapi menulisnya di dalam laptop ku yang sangat uzur ketika ini.. ini la laptop yang setia bersama dengan aku sejak 6 tahun lalu..so,kononnya buatlah diary pakai microsoft words...and macam mana pulak boleh menyimpang ke blog ni?sebab aku teringin jugak maw berblog ni and first plan maw post la entri2 yang berguna untuk readers..macam info pasal makanan yang aku rasa sedapka, tempat2 menarik yang aku pernah pergi ka..something like that la..tapi, aku ni jenis yang tidak berapa suka mengambil gambar..tapi suka digambar..and gambar2 yang orang ambil tu tak pernahlah sampai ke tangan aku..so,aku tiada gambar untuk di sharekan supaya entri aku lebih menarik utk dibaca...and sampaila sekarang,blog aku ni jadilah blog yang sangat merepek..maw publish dengan orang2 supaya follow pun amatlah malu yang tersangat...hahaha..tapi,aku dalam usaha untuk memajukan blog aku ni jugak..insyaALLAH..dalam masa yang tidak berapa lama lagi..oleh kerana agak busy ketika ini,maka terpaksa la ditangguhan lagi..so,aku masih mencari masa yang tidak tahu bila akan tiba tu..jadilah BLOG ini yang hanya mengisahkan KISAH PERIBADI ku...~

**mula2 cakap tak suka menulis,tapi entri panjang gilak....-.-"