Monday 7 November 2011

Butter Crab & Puding Kelapa

assalamualaikum semua!

kalau korang semua nak taw makanan yang sedap-sedap area kk ni,korang boleh jak kol atau sms aku..sebab aku taw banyak tempat yang menyediakan makanan yang sedap..firstly,sebab aku memang daring untuk mencuba tempat2 baru...and secondly,aku ada abang-abang yang selalu makan luar so dorang memang taw banyak tempat makan yang best-best..actually banyak yang aku nak share dengan korang dalam entri kali ni..tapi aku dapat snap dua gambar jak for this time,so aku share dua jak dulu k..

siapa pernah pergi labuan?kalau pergi labuan,tak singgah makan di Anjung Ketam,korang memang miss a very precious place di sana. oleh kerana labuan ni teramatlah kecil,so,tempat tu memang senang nak cari..kalau tanya dengan orang-orang sana,memang senang jak sudah boleh jumpa tempat tu..kalau nak lagi senang,korang yang baru jak menjejakkan kaki ke labuan tu,korang tahan jak mana-mana pakcik teksi,and minta dia hantarkan korang ke Anjung Ketam.kalau korang order, aku suggestkan korang makan butter crab..wallllawehhh!sumpah memang meletop..sedap hingga menjilat jari..kepada korang yang tak suka or tak pandai sangat makan butter-butter ni,korang bolehlah minta makcik tu masakkan rebus ka atau apa2la jenis masakan yang korang biasa makan..ketam tu sekilo RM30..memang murah dan isi ketam tu pun memang sangat la padat..puas la kalau makan..RM30 tu bagi yang makan banyak,4 orang pun boleh cukup.. kalau aku,aku memang suka makan ketam masak butter..itu memang pebret aku la sejak azali lagi..


ni lah butter crab sekilo tu (RM30)

ok,second food yang aku nak introduce kan is puding kelapa..aku taw memang puding kelapa ni biasa-biasa jak kan..tapi puding kelapa yang ini memang special dan kalau korang makan,mesti teringat-ingat dan termimpi-mimpi untuk maw makan lagi..nama tempat jual puding kelapa ni Salut..terletak di area sepanggar..kira-kira setengah jam daripada pusat bandar kota kinabalu.tempat ni di tepi-tepi jalan jak tapi memang banyak orang akan park kereta di tepi-tepi gerai tu untuk makan puding kelapa.harga puding kelapa,untuk dalam gelas cuma RM2 tapi yang untuk puding dalam buah kelapa RM4..untuk lebih kepuasan,makan lah yang puding dalam buah kelapa tu..sure puas hati!


puding dalam buah kelapa (RM4)

makanan-makanan ni la yang selalu menceriakan hidup aku..sebab rasa dia memang sungguh memuaskan hati..ok,i got to go..since sekarang ni masih ada mood raya haji,so aku kena beraya rumah kawan aku yang selalu menyediakan makanan yang pelik pada lidah aku..tapi aku suka..insyaAllah,kalau aku sempat snap gambar,aku share la dengan korang makanan apa yang dia serve nanti k..

p/s sorry la kalau ayat aku dan bahasa aku sungguh tidak menarik..sebab aku memang tiada bakat menulis..hehe..maafin gue ya~


No comments:

Post a Comment