Thursday, 5 July 2012

Aku perempuan yang tidak terkecuali


Assalamualaikum..salam sejahtera..


Selalu kita kutuk-kutuk kan perempuan yang suka ambil gambar sendiri and buat muka duck-face,cute face la konon..lepas tu jadikan profile picture di Facebook..I mentioned Facebook here because itu yang paling common la kan..hahaha!but seriously aku adalah orang yang paling anti dengan golongan sebegitu..Dulu aku sangat malu maw gambar diri sendiri guna camera handphone ka,guna webcam ka..serious malu dan ndak tergamak langsung maw buat aktiviti tidak berfaedah seperti itu..But then kan kawan-kawan, since aku ada handphone yang agak canggih la konon kan yang mana mempunyai kualiti camera yang agak memuaskan hati,

AKU BERUBAH 360 DARJAH!

Hahahaha!sadly and unfortunately, aku juga telah bertukar menjadi insan-insan seperti yang disebutkan di atas...

TAPI STILL AKU BELUM TERGAMAK MAW JADIKAN DUCK FACE AKU SEBAGAI DP FACEBOOK!NO..NO..NO!LOL!

Just suka ambil gambar sendiri and tgk betapa cutenya aku berada di lensa kamera..oh no!kenapa kah aku bisa berubah sedemikian rupa..itulah orang selalu cakap,jangan suka mengutuk orang sebab nanti benda tu balik sama kita..nah!ini lah buktinya..aku kini tidak terkecuali menjadi salah seorang perempuan yang suka ambil gambar sendiri menggunakan camera handphone dan webcam! aduy,malunyaaaaaa!!!seriously..tapi still buat kan..ntahlah kenapa..tapi perasaan gedik itu cuma muncul apabila bosan jak la..and jarang-jarang berlaku..chehh..hahaha..kononlah jarang-jarang berlaku but recently macam selalu jak aku buat aktiviti yang tidak berfaedah ni..captured gambar banyak-banyak dengan ekspresi muka yang lebih kurang sama cuma mulut dimuncungkan  sedikit demi sedikit mengikut keselesaan,dan tangan digerakkan di tempat yang bezanya cuma 2 cm dari gambar sebelumnya..oh maaaannnn...This is a very stupid hobby I tell you!



#1 Stupid Face


#2 I don't even know what to say about this picture.Just back off!hahaha..


#3 YES! THIS IS THE DUCK FACE THAT I MENTIONED EARLIER.OH NO!WHY ALWAYS ME?


Tapi ini bukan hobi aku sebenarnya just bila rasa boring-boring tu and rasa hari tu macam cute sikit dari hari biasa,keluarlah ke-gedik-an itu secara automatik..Chehhh..diri sendiri jak perasan cute orang lain ndak pernah mention pun!hahaha..Kalau lah aku ni seorang blogger yang famous ketika ini dan ramai followers yang baca blog aku ni,wajib semua orang kutuk-kutuk aku..keluar la di google search 'sheila Darnno yang gedik dan perasan!'hahahaha..dan haters pun berderet menunggu giliran untuk mengutuk aku kaw-kaw..hahaha!

Kesimpulan dan pengajaran daripada entri kali ini, jangan pernah mengutuk orang dan suka-suka hati maw anti-anti sesuatu golongan. Biarlah mereka dengan kehidupan peribadi mereka sendiri..cukuplah kita jaga diri kita and buat hal kita sendiri..kan..kan..kan..by the way,ndak la hina sangat golongan-golongan yang suka begambar sendiri dan budget-budget paling cantik di nusantara ini,but then haruslah berpada-pada..kerana sesungguhnya perbuatan sebegini jika tidak dikawal amatlah meng-annoyed-kan masyarakat sekeliling yang memandang..

-sekian-




Wednesday, 4 July 2012

birthday invitation card!

Assalamualaikum..salam sejahtera..


my mom asked me untuk buat birthday invitation card untuk adik aku yang perempuan tu..Punyalah excited,sedangkan birthday dia 20th july ok!and now baru 4th of july..see,over ka ndak over lagi tu..hahaha..but then since memang hari ni boss tiada panggil langsung,so untuk buang the awkward moment tiada buat apa-apa kerja tu kan, aku rajinkan dan gagahkan la diri untuk buat invitation card seperti yang diperintahkan..

but my mom maw buat birthday adik aku tu awal seminggu which is on saturday 14 la kan..dan buat di rumah my mom yang di papar tu..meriah la katenyerrrrr..but actually, aku taw sangat la my mom tu..maw kasi tunjuk2 anak-anak my step father betapa meriahnya birthday party itu akan berlangsung nanti..hahaha! and sudah semestinya akulah yang menjadi mangsa memikirkan apakah yang harus dilakukan untuk menghappeningkan lagi party itu...kelassss kau jah!haruslah i fikir banyak benda kan..siap buat planning atas kertas lagi kau..haaaa!kelas ka ndak kelas lagi tu...ko fikirla...aku ni tiada pun sijil atau pernah ditauliahkan sebagai party manager sebelum ini,tetapi bakal buat the best party ever!hahaha...jangan lah percaya k sebab itu tidak benar!buat jak la mana yang mampu kan..first thing, haruslah buka blog2 yang memaparkan dan memberikan info terkini,menarik dan the bomb tentang birthday party yang best kan!

anyway, aku ada dua pilihan actually which one yang looked cute and better to be the invitation card..tema nya,kalau adik aku tu,haruslah DORA sebab dia tu memang gila Dora and muka dia betul-betul macam dora!!hahaha..if u guys dont trust me,please watch this picture betul-betul..


sama kan..sama kan...I told you!



#1 ini Dora yang pertama


#2 ini Dora yang kedua

abaikan quality gambar yang saaaaangat buruk itu k..sebab aku gambar directly using my phone dari desktop..oh!malunya!!! terserlah kebodohan i!tapi sebab aku kan edit dari microsoft word..aku ni mana la pandai maw beradobe-adobe photoshop ka..photoscape ka..ok semua tu aku sangat gagal!then sudahla aku ni edit guna microsoft word kan,konon-kononya aku maw la convert tu file jadi jpeg ka atau apa la yang sewaktu dengannya supaya boleh di upload ke dalam blog ini but again,sorry!i'm not good in that..nama jak student IT kan..hahaha..but hello!aku ndak belajar pun itu semua di sekolah k..aku belajar pasal networking, cable-cable dan yang sewaktu dengannya..itu jak..terus, masa final year ada subjek multimedia untuk minor subject which is elektif subject la kan..tapi aku ndak ambil pun subjek tu..aku pandai-pandai gatal tangan pilih subjek Neural Network yang mana sangat susah aku rasakan..nasib baik yang ambil subjek tu cuma 7 org dan lecturer pun sangat senang hati dan sangat sayang akan kami semua..so,soalan exam pun dia bagi senang-senang jak..and sangat la familiar sebab dia sudah tanya soalan tu banyak kali time kelas..hahaha!bijak tak bijak lagi aku tu..bijak kan..bijak kan..

ok back to my lil sista punya birthday invitation card, better suruh dia pilih kan mana dia suka..but obviously memang my mom jugak tu akan menggunakan kuasa veto nya untuk memilih mana satu kah kad pilihan hati..and my adik akan mengikut saja..sebab dia akan suka dua-dua i'm pretty sure..because DORA kan..mana la dia tolak tu..Actually aku suka dua-dua design ni cuma yang #1 tu aku rasa lebih kemas and organize,tidak terlalu crowded and very direct la kan..yang ke #2 ni ok jugak,very cute but macam semak sikit and tulisan macam terlindung dengan gambar dora yang besar di belakang..actually boleh bah edit-edit kasi watermark tu gambar kan..so dia macam nampak ala-ala kabur gitu,but then,aku ni manalah pandai dan pro bab-bab begini ni..so pakai jak la apa yang aku taw..

so settle with lil sistah's Birthday invitation card!

pssst..semalam my boss email me..dia cakap macam ni..

"Good work.Kau cepat buat kerja." 

and satu lagi...... 

"kau pandai buat SOP.Next week bagi ko lagi advance.Configure router."

can you imagine how i feel!!!!of course la gumbira dan senang hati kan..boss puas hati dengan kerja kita..sudahlah kita ni budak praktikal jak kan..so bila kena puji tu rasa macam oh,i'm doing well la ni kan..ok!i'll do even better next time!don't worry boss..I akan berjasa dengan SESB sehingga ke titisan yang terakhir..cheh!over..bukan sehingga ke titisan yang terakhir actually tapi sehingga habis tarikh latihan industri..hahaha!



Ini adalah muka budak praktikal yang kebosanan..makanya begambar macam orang tidak bertamadun..

bye!














Tuesday, 3 July 2012

2nd Week of Practical

Assalamualaikum..salam sejahtera..

Minggu ni masuk minggu ke dua sudah aku praktikal..betul lah apa my sister in law cakap, 1st day 2nd day memang macam tiada kerja..but then,bila masuk hari-hari seterusnya,makin la bertubi-tubi kerja kena bagi..plus,kita kan student praktikal haruslah diberi kerja-kerja yang durang malas maw buat selama ni..contohnya, update database,update itu update ini..tp sungguh aku tidak kisah sebab so far enjoy la buat kerja2 tu..and today, ada kerja luar..something to do with the cable..ok,memang excited lah wa cakap lu..but then nervous pun ada..


Dengan boss pun ok..makin lama makin ok la relationship antara aku si budak praktikal dan dia si boss yang hambur..memang la kan engineer2 semua ni hambur2..padahal engineer..hahaha..funny betul..not a lot to say here,saja jak tulis-tulis sebab hari ni aku ikut mama aku so haruslah awal..kalau aku drive sendiri confirmlah lambat lagi kelewatan aku ni..since belum lagi jam 8,sambil-sambil breakfast mee dalam plastik yang aku beli di bawah tadi,berkunyanyang la aku di blog ini..

bye!


Thursday, 28 June 2012

hari-hari seterusnya semakin bermakna...

Assalamualaikum salam sejahtera..

ok!a very short entri...just maw cakap yang hari-hari praktikal ku semakin bermakna dengan kerja yang semakin bertubi-tubi diberikan..Terus rasa macam alamak!ini betul2 mencabar diri..terpaksa perah otak..dem!tiba-tiba rasa macam menyesal tidak belajar bagus-bagus time lecture..hahaha..because yes! semua terms2 yang selalu belajar time lecture sangat menunjukkan diri di alam pekerjaan ini..ok la!boss panggil sudah..bye!

Tuesday, 26 June 2012

Assalamualaikum...salam sejahtera!
(ok abaikan ke-skema-an aku)

wah tahun 2012 ni aku memang tiada buat entri langsung..ok aku memang telah melupakan kewujudan blog aku yang sangat la tidak menarik perhatian sanubari sesiapapun..malahan aku sendiri jua merasakan begitu..haha!well oh well sedar tak sedar aku telahpun menamatkan pelajaran aku dalam bidang computer science di salah sebuah universiti di malaysia ini(cheh,apa la salahnya kalau aku cakap jak di UMS..mengapa harus berayat dramatik begitu..ok abaikan)actually tidakla tamat pelajaran secara official-nya sebab now aku tengah menjalani latihan industri di sebuah syarikat di....(she did it again!*tampar!)SESB..SESB stand for Sabah Electricity Sdn. Bhd...

my feelings mula-mula excited macam tak ingat dunia sebab first time plus dengan perasaan takut and nervous sebab i think too much like apalah yang aku kena suruh buat ni nanti, and adakah abang2 engineer handsome yang jatuh hati dengan aku nanti(yang kedua abaikan..haha!)..but then bila mengharunginya buat kali pertama,semalam, i feels like oh maaaannnn!please send me back to school..boring maw mampusnya latihan industri ni..but then my sister in-law bbm aku adn said this is a normal thing during the first week of intern..no works to do..so from my understanding, only this week la yang aku rasa boring bagaikan tidak bernyawa?that's mean next week hari-hari ku akan menjadi lebih berharga dan menyeronokkan?huh!i really hope so!

bila tengok status BBM and twitter coursemate yang lain pun, semua mention benda yang sama..intern was so boring sampai tahap maw bunuh diri(ok itu aku tipu)..but seriuosly, kenapa aku rasa macam dorang ni malu maw suruh-suruh aku buat kerja?sila lah jangan malu nak bagi i kerja ok!boring bah aku,tolonglah faham..

suddenly kena panggil,ada project..brb!

....................beberapa minit kemudian.....................
*sorry tadi tak sempat nak tekan button publish jak and tamatkan penulisan sebelum berbakti kepada boss..hehehe..boleh kita teruskan?

owh!akhirnya ada kerja tadi kena bagi yang agak best..configure network!AT LAST I FEEL LIKE I AM USEFUL!hahaha..sebab dari kemarin aku hanya berdiam diri dan rasa diri tidak berguna..senarai kerja hari ini sedari pagi tadi...

1) Fax surat
2) Follow up Mr Alex sama ada surat sudah terima atau belum
3) Configure network 
.................

and now!4.14 pm..1 hour to go!!before going back home!sungguh aku tidak sabar..ok,kalau ada masa esok(off course banyak masa terluang lagi esok and nasib baik ada internet connection)akan kucoretkan kisah hidupku berlatihan industri dengan penuh perasaan!


Monday, 7 November 2011

Butter Crab & Puding Kelapa

assalamualaikum semua!

kalau korang semua nak taw makanan yang sedap-sedap area kk ni,korang boleh jak kol atau sms aku..sebab aku taw banyak tempat yang menyediakan makanan yang sedap..firstly,sebab aku memang daring untuk mencuba tempat2 baru...and secondly,aku ada abang-abang yang selalu makan luar so dorang memang taw banyak tempat makan yang best-best..actually banyak yang aku nak share dengan korang dalam entri kali ni..tapi aku dapat snap dua gambar jak for this time,so aku share dua jak dulu k..

siapa pernah pergi labuan?kalau pergi labuan,tak singgah makan di Anjung Ketam,korang memang miss a very precious place di sana. oleh kerana labuan ni teramatlah kecil,so,tempat tu memang senang nak cari..kalau tanya dengan orang-orang sana,memang senang jak sudah boleh jumpa tempat tu..kalau nak lagi senang,korang yang baru jak menjejakkan kaki ke labuan tu,korang tahan jak mana-mana pakcik teksi,and minta dia hantarkan korang ke Anjung Ketam.kalau korang order, aku suggestkan korang makan butter crab..wallllawehhh!sumpah memang meletop..sedap hingga menjilat jari..kepada korang yang tak suka or tak pandai sangat makan butter-butter ni,korang bolehlah minta makcik tu masakkan rebus ka atau apa2la jenis masakan yang korang biasa makan..ketam tu sekilo RM30..memang murah dan isi ketam tu pun memang sangat la padat..puas la kalau makan..RM30 tu bagi yang makan banyak,4 orang pun boleh cukup.. kalau aku,aku memang suka makan ketam masak butter..itu memang pebret aku la sejak azali lagi..


ni lah butter crab sekilo tu (RM30)

ok,second food yang aku nak introduce kan is puding kelapa..aku taw memang puding kelapa ni biasa-biasa jak kan..tapi puding kelapa yang ini memang special dan kalau korang makan,mesti teringat-ingat dan termimpi-mimpi untuk maw makan lagi..nama tempat jual puding kelapa ni Salut..terletak di area sepanggar..kira-kira setengah jam daripada pusat bandar kota kinabalu.tempat ni di tepi-tepi jalan jak tapi memang banyak orang akan park kereta di tepi-tepi gerai tu untuk makan puding kelapa.harga puding kelapa,untuk dalam gelas cuma RM2 tapi yang untuk puding dalam buah kelapa RM4..untuk lebih kepuasan,makan lah yang puding dalam buah kelapa tu..sure puas hati!


puding dalam buah kelapa (RM4)

makanan-makanan ni la yang selalu menceriakan hidup aku..sebab rasa dia memang sungguh memuaskan hati..ok,i got to go..since sekarang ni masih ada mood raya haji,so aku kena beraya rumah kawan aku yang selalu menyediakan makanan yang pelik pada lidah aku..tapi aku suka..insyaAllah,kalau aku sempat snap gambar,aku share la dengan korang makanan apa yang dia serve nanti k..

p/s sorry la kalau ayat aku dan bahasa aku sungguh tidak menarik..sebab aku memang tiada bakat menulis..hehe..maafin gue ya~


Thursday, 3 November 2011

CEMBURU @ JELOUS

assalamualaikum w.b.t dan salam 1 MALAYSIA! *skema!!!

hai kawan-kawan...untuk entri merepek kali ni jari jemari aku terasa maw menulis tentang isu cemburu @ jelous... sejak akhir2 ni kan aku selalu jak menghadapi perasaan ini..dan aku sangat lah tidak suka dengan perasaan ni..sebab sungguh la tidak cool bagi aku..buat apa maw rasa jelous sebab tiada yang kurang pada aku sampai aku maw jelous dengan orang lain..DUSHHH!DUSHHHH! *nah kan sudah kena tumbuk..jelous2 lagi sama orang lain...tapi perasaan jelous tu standard...setiap orang pasti akan merasainya..cumanya,jangan la terlalu melayan perasaan tu sampai mampu menyakitkan dan mencederakan orang lain..dan jangan la jugak sampai boleh gila sebab terlalu melayan perasaan yang sangat tidak cool tu...jelous itu tidak salah bagi aku, tetapi haruslah berpada-pada... tapi jelous aku ni bukan sebab aku rasa kelebihan mereka tu lebih dari aku..itu aku tak kisah pun..sebab setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya kan..aku jelous sebab aku pun tak taw kenapa..perasaan tu datang tanpa aku undang..yang aku taw,aku jelous dengan mereka!aduy,perasaan,tolong la lari jauh dari aku...aku tak suka perasaan begini...sungguh la tidak cool dan macho sama sekali...shuhhhh...shuh...!

* jelous memakan diri sendiri...

Wednesday, 2 November 2011

BLOG dan KISAH PERIBADI?

salam semua...*berangan ada orang baca blog aku*!!!
aku sebenarnya memang tak suka menulis*dalam case ini,menaip*...tapi kadang2 aku rasa aku perlu menulis untuk luahkan rasa hati aku..dulu,ada certain masa aku luahkan rasa marah dan sebagainya di wall FB..tapi lama kelamaan aku rasa benda itu sangat annoying dan tidak patut diteruskan..sebab bila aku baca post orang yang menyatakan rasa marah,sedih dan sebagainya rasa macam menyampah pun ada..macam tiada privacy langsung..semua benda maw bagi taw orang..so,aku terfikir,mesti orang lain pun rasa menyampah baca post aku kan..hahaha!*malu*sungguh tidak matang..OK! berbalik kepada tajuk entri kali ini...BLOG dan KISAH PERIBADI?..before this aku ada diary,and kalau rajin tu aku tulis la apa2 dalam diary untuk express rasa happy ka,marah ka,sedih ka atau unexplained feeling ka..tapi aku selalu tiada masa untuk menulis..so,diary aku tu,tiap2 tahun tukar tapi buat sayang duit jak sebab masih banyak ruang kosong..so,aku end up dengan tidak maw menambahkan koleksi diary aku setiap tahun..tetapi menulisnya di dalam laptop ku yang sangat uzur ketika ini.. ini la laptop yang setia bersama dengan aku sejak 6 tahun lalu..so,kononnya buatlah diary pakai microsoft words...and macam mana pulak boleh menyimpang ke blog ni?sebab aku teringin jugak maw berblog ni and first plan maw post la entri2 yang berguna untuk readers..macam info pasal makanan yang aku rasa sedapka, tempat2 menarik yang aku pernah pergi ka..something like that la..tapi, aku ni jenis yang tidak berapa suka mengambil gambar..tapi suka digambar..and gambar2 yang orang ambil tu tak pernahlah sampai ke tangan aku..so,aku tiada gambar untuk di sharekan supaya entri aku lebih menarik utk dibaca...and sampaila sekarang,blog aku ni jadilah blog yang sangat merepek..maw publish dengan orang2 supaya follow pun amatlah malu yang tersangat...hahaha..tapi,aku dalam usaha untuk memajukan blog aku ni jugak..insyaALLAH..dalam masa yang tidak berapa lama lagi..oleh kerana agak busy ketika ini,maka terpaksa la ditangguhan lagi..so,aku masih mencari masa yang tidak tahu bila akan tiba tu..jadilah BLOG ini yang hanya mengisahkan KISAH PERIBADI ku...~

**mula2 cakap tak suka menulis,tapi entri panjang gilak....-.-"

Monday, 24 October 2011

HAPPY jak tiada benda maw FIKIR~

life aku sekarang ni,masih kira belum berapa stabil la..still banyak yang aku rasa serabut..sebab terlalu banyak benda yang aku terpksa handle in a time..tapi as an adult,standard la tu kan..kadang2 rasa best jugak bila busy so tiada masa maw fikir benda-benda yg tak berfaedah..tiada masa maw sedih2 sebab kesedihan yg menimpa diri aku sejak akhir2 ni..maw fikir pasal tanggungjawab jak kan..tanggungjawab as a student,as a daughter,as a adik and as for macam2 lagik..time berserabut ni jugak aku belajar utk kawal perasaan bila org lain timpakan lagi masalah pada aku..contohnya kawan2..kawal perasaan supaya tak ikut petasaan maw teriak dia sampai aku puas hati..kawal perasaan untuk berfikiran matang,utk paham situasi orang sekeliling walaupun sakt hati yang melampau dengan sikap org sekeliling yang aku rasa tak matang tu...banyak yang aku belajar sebenarnya dalam hidup ni..sekarang ni lagi,solo balik setelah beberapa bulan berteman kan..haha..*ok,out of topic* tapi, best pun jadi single..time single rasa macam terlampau laku pulak..banyak orang maw approach kan..hahaha...ok fine, semua orang menyampah...tapi betul lah,aku rasa lebih relax bila single..bila ada couple tu memang happy tapi sakit hati pun banyak juga..sebab maw fikir kenapa dia tak reply mesej dengan cepat..kenapa dia tak call and banyak lagi benda2 yang buat aku tak matang langsung..haha.. malu jugak aku fikir balik..kenapa la perangai aku macam tu..tapi dalam terfikirkan sikap yang tak matang tu, ada jugak sikap yang matang..sebab maw settlekan masalah kami yang sangat rumit dan agak besar dan berat buat aku tu..aduy,memang sangat rumit dan tak tercapai akal aku untuk settlekan..so,again,bersikap matang untuk settlekan cara yang terbaik for both of us..and at the end..again,we decide to break up and be as a friend jak sampai bila-bila pun..harapan aku,semoga dia jumpa perempuan yang dia boleh sayang and terus lupakan aku..supaya aku pun boleh lupakan dia as someone special in my life..so,settle di situ..aku happy dia pun happy..ok,aku melalut panjang!hehe..kesimpulan di sini sebenarnya aku maw cakap,yang semakin kita dewasa semakin banyak tanggungjawab yang kita kena pikul and kita harus matang untuk handle everything atau masalah yang datang..itu jak sebenarnya isi penting dalam entri kali ni..

p/s tiba2 terfikir, aku ni cukup matang ka??-.-"

Sunday, 23 October 2011

P.E.N.A.T

hari-hari aku sekarang ni selalu jak berakhir dengan rasa penat..penat sebab banyak benda maw fikir,maw buat..penat menunggu..penat disakitkan dan segala penat lagi...tapi ndak pa la..sekarang ni,aku redha jak dengan apa yang terjadi dan berlaku sama diri aku..kadang-kadang bila kita selalu ditimpa kesusahan, di situ kita akan menjadi lebih matang dan lebih pandai berfikir dengan waras..dengan masalah dan tekanan yang dihadapi jugak,kita semakin kuat untuk hadapi kehidupan yang mendatang...aku tidak pernah menyesal dengan apa yg aku diberikan..memang sakit untuk aku telan semua tu,tapi jauh di sudut hati,aku bersyukur sebab aku diberi peluang untuk hadapi dugaan sebesar ini..mengajar aku utk lebih berhati-hati dan tidak terlalu obses dengan kegembiraan...



Thursday, 20 October 2011

I got my blog back!!!

haiiiii...fuh!lama gilak sudah tak update blog aku ni..actually,aku lupa aku pakai email yang mana satu for this blog..sadis betul..at last I get it back!actually ada meeting pesta konvo tamu gadang ums sekejap lagi and aku belum mandi lagi..excited dapat buka blog..so, conteng2 dulu sekejap..ok la..nanti sambung balik in the next entri k..daaaaa~


p/s segala post aku di blog ni memang untuk aku jak..hehe..please jangan menyampah kalau terbaca k..peace!

Monday, 8 August 2011

HELLO polka Dots lover!

hai...lama aku tak update blog aku yang senyap sunyi ni..busy betul dengan kehidupan sampai langsung tiada masa maw buka blog...online fb pun jarang..sebab kehadiran BB ku yg tersayang tu..kehidupan aku sejak bulan march yg lalu mmg banyak perubahan..macam-macam terjadi dengan aku..yg paling penting,aku jumpa bf dan after that mmg hidup aku menjadi teramatlah happy,ceria dan penuh dengan cerita...tp,macam biasalah..aku ni rasanya,ngam single jak..hahaha!disebabkan ada beberapa masalah yang kami memang tak dapat elak,and the problems i cannot mentioned here,kami terpaksa putuskan hubungan kami secara officialnya..but still,we love each other very much..he's the best man i've ever meet..tp,apakan daya..masalah itu terlalu sulit utk membuatkan kami terus bersama...huhuhu...sedih?memanglah sangat sedih..tp,we still happy and can be together but not  in an official relationship...kami sekarang dalam hubungan yg tiada komitmen..tiada perjanjian..kalau masalah tu nanti boleh disettlekan suatu hari nanti,and kami memang are meant to be together,then we'll be together again..insyaAllah...so complicated kan...but tak pa la...as long as everyone ok...then we'll fine...kadang-kadang, kita perlu korbankan kebahagiaan kita utk org lain...and kita perlu korbankan kebahagiaan kita utk senangkan orang lain...

Monday, 31 January 2011

AKU...dan family!

family aku tak besar...kecil jak...bila hari raya, paling senang nak susun atur for family picture session...haha! korang happy ka dengan family korang? tak kisah la kan...tapi family ni sangat penting dalam hidup...alamak! macam skema pulak ayat aku ni...tak apalah...korang layan jak la k...ok2,sambung cerita...kalau kita susah,family jak yang memang confirm ada dengan kita...tapi ada juga ahli dalam family yang jadi spoiler kan...biasalah tu...bukan semua family perfect...so,kita doakan family kita yang jadi spoiler tu,akan sedar dari tidur yang panjang...jangan lah jadi spoiler...tak bestlah...kan best kalau semua family happening...tolak ansur...tidak berkira sangat dalam segala hal...apapun, family tu lah yang menjadi penyeri dalam hidup...

inilah family aku...tak complete, tp yang penting with polkadots on us!


aku ni start dari tingkatan satu sampailah masuk universiti ni,asyik tinggal hostel jak...dulu,masa mula-mula masuk hostel time form 1,aduy...jangan cakaplah betapa sayunya hati aku bila tak berjumpa dengan family tercinta...kepada yang senasib dengan aku,mesti faham macam mana rasa dia kan...bila masuk matrikulasi,aku semakin jauh lagi dengan family...satu tahun aku sangat jarang jumpa family...bila balik rumah,itu la saat paling bahagia aku rasa... bila masuk universiti pula,ok sikitlah...sebab universiti aku tu setengah jam jak perjalanan daripada rumah aku...akupun drive kereta di universiti...so bila rasa tention duduk hostel,aku pecut jak balik rumah...haha!bestkan hidup aku di universiti...kesian kepada korang yang belajar di negeri or negara orang... tapi yang best bila belajar jauh ni,bolehla jugak explore tempat orang kan...time kita jadi student ni lah,waktu paling tepat untuk jalan-jalan dan enjoy..bila sudah kerja and apa lagi kahwin,mesti pergerakkan kita terbatas kan...actually,masa isi borang UPU dulu,aku tak pilih pun belajar di universiti aku sekarang ni...aku apply di universiti semenanjung semunya...sebab,aku nak berdikari dan belajar hidup sendiri...plus,aku nak explore la satu semenanjung tu...bukannya tak pernah pergi semenanjung...agak kerap jugalah,tapi setakat jalan-jalan seminggu macam tu jak la...tak pun sebab ada kursus dan sebagainya...but that's not feel yang aku nak rasa...aku nak rasa juga tinggal lama-lama di sana...jauh dari family...aku ni ada habit,bila aku dekat dengan family,aku rasa malas nak belajar...sebab aku nampak family aku ok jak setiap hari di depan mata aku...kalau aku belajar jauh daripada family aku,aku ada satu semangat yang lain macam...haha!semangat belajar aku tu,tinggi!macam time aku di matrikulasi...wah!aku belajar siang malam...bila aku rindu dengan family aku,makin bersemangat aku buka buku...pelik kan..tapi itu la aku...korang yang belajar jauh tak rasa macam aku ka?kalau ada,samalah kita....DUSHHHHH! nah,bagi aku penumbuk sikit...panjang pulak aku merapu hari ni...sorrylah,aku ni suka bercerita...korang tolonglah baca cerita aku sampai habis k..mana lah tahu,cerita kita sama,boleh jugak kita share-share pengalaman kan...ok lah! pesanan terakhir dari penaja...love and appreciate your family....

polkadots!

kereta polkadots tu,my kazen punya..selalu jugak orang sewa untuk buat 
photoshoot wedding dan sebagainya...


p/s tiada pesanan tambahan untuk kali ini...

AKU...dan single!

ok,firstly aku nak tanya korang semua...siapa single di sini? hehehe...ada ka yang nak mengaku?ok wait!kalau mengaku,orang cakap tak laku pulak kan...tapi, kalau tak mengaku,nanti tiada pulak orang berani nak mengurat kan...erm....susah betul lah!kepada yang single,korang pernah tak menghadapi situasi begini...orang lain tak percaya yang korang tu memang single pun...aduy,benci betul bila orang lain tak percaya kan...tolonglah percaya yang kitorang ni single..kalau korang tak percaya,tak ada lah yang berani nak mengurat...so,sampai bila lah kitorang ni nak single???!ok tunggu dulu...!kitoang bukan desperate tapi jelous juga tengok orang lain ada couple...kan..kan..kan???moral of the story aku yang merapu ni, jangan la terus putus asa and cop kitorang ni sudah ada couple...tolonglah tanya dulu betul-betul and jangan lah takut nak approach...ok!hahaha!

                        she's in polkadots!

p/s kitorang bukan desperate! cuma nak korang tahu....=)

AKU...dan PolkaDots

ok...kita mulakan dengan introducing myself dulu la k...full name aku Sheila Darno...selalunya orang akan lebih ingat nama bapak aku berbanding aku...'DARNO'...hehehe...tapi,aku tak kisah pun...btw,aku lebih selesa kalau orang panggil aku shyl...itu kira nama glamour aku la...hehe...apa kaitan aku dan PolkaDots??? aku suka sangat dengan PolkaDots...aku memang tak boleh tengok apa-apa benda yang ada PolkaDots...i'm really crazy on it...sekarang ni,aku dalam usaha memperbanyakkan collection PolkaDots aku...tak kiralah...baju kah...pen kah...buku kah...
beg kah...yang penting PolkaDots!

                            PolkaDots!


                                                  PolkaDots lagi!

                                               room in PolkaDots!

so.....siapa suka PolkaDots???! angkat tangan!!!